March 30, 2022 | 13:41 GMT
Bahan-Bahan Masakan
Bahan rebusan ayam1 ekor ayam
1 kiub ayam
2 cm halia
3 ulas bawang putih
Bahan perapan ayam
1 sudu besar kicap pekat
1 sudu besar sos tiram
1 sudu besar kicap cair
1 cm halia - dikisar halus
2 ulas bawang putih - dikisar halus
2 sudu besar madu - untuk sapuan
Bahan nasi
3 cawan beras
4 cawan air rebusan ayam
2 sudu besar butter
1 cm halia - dikisar halus
3 ulas bawang putih - dikisar halus
1 batang serai
2 helai daun pandan
Bahan sos
2 cm halia
5 biji cili merah
3 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka
1 sudu teh garam
1 sudu teh gula
1/2 cawan air rebusan ayam
Bahan sup
1 biji bawang besar
Air rebusan ayam
Rempah sup bunjut
Daun sup
Daun bawang
Sedikit garam
Bahan kuah kicap
Kuah kicap - perapan ayam
Kicap manis
Sedikit garam
Air rebusan ayam
Cara-Cara Masakan
Cara memasak ayam
1. Toskan air dan gaul bersama bawang putih dan halia sehingga sebati.
2. Rebuskan ayam bersama 1 kiub ayam.
3. Angkat ayam dan perap dengan bahan perapan ayam (rujuk bahan perapan ayam)
4. Goreng ayam dalam kepanasan api sederhana.
5. Sapukan ayam bersama madu.
Cara memasak nasi
1. Cuci beras dan tos air.
2. Panaskan butter sehingga keluar aroma.
3. Masukkan daun pandan, serai, halia dan bawang putih hingga garing.
4. Masukkan beras dan masak seketika sehingga naik aroma.
5. Masukkan air rebusan ayam, garam dan kunyit secukupnya.
Cara memasak sup
1. Rebus air rebusan ayam bersama sup bunjut, bawang besar dan garam secukup rasa.
2. Taburkan dengan bawang goreng dan hirisan daun sup.
Cara penyediaan sos
1. Kisarkan semua bahan untuk sos
2. Masak bahan sos sehingga naik aroma.
Cara penyediaan kuah kicap
1. Campurkan semua bahan untuk kicap.