April 07, 2022 | 15:02 GMT
Bahan-Bahan
Bahan ayam buttermilk
Isi Ayam - dipotong dadu
5 sudu mentega
5 labu bawang putih
1 ulas bawang holland
Sedikit daun kari
Sedikit cili padi - mengikut citarasa
1/2 tin susu cair - secukup rasa
Bahan perapan ayam
Telur ayam
Serbuk kari
Tepung gandum
Garam - secukup rasa
Cara-Cara
Cara penyediaan perapan ayam
1. Masukkan telur dan garam bersama isi ayam.
2. Gaulkan ayam sehingga sebati.
3. Masukkan serbuk kari bersama tepung gandum.
4. Gaulkan dan perap ayam selama 1 jam
5. Goreng ayam sehingga masak kegaringan.
Cara penyediaan ayam buttermilk
1. Panaskan butter dengan api sederhana.
2. Tumiskan bawang putih, daun kari dan cili (mengikut citarasa).
3. Masukkan garam, gula, bawang holland dan susu cair (mengikut citarasa).
4.Masukkan ayam goreng dan masak sehingga kuah kepekatan.