April 12, 2022 | 11:51PM GMT
Bahan-Bahan
Bahan roti john
Roti john
Telur ayam
Daging burger
Bawang merah
Cili merah
Marjerin
Sos cili
Sos thousand island
Garam - secukup rasa
Kubis - bahan tambahan
Timun - bahan tambahan
Cara-Cara
Cara penyediaan roti john
1. Masukkan telur, daging, bawang dan cili dan gaul rata.
2. Tambahkan sedikit garam secukup rasa.
3. Masakkan bahan daging yang telah digaulkan.
4. Sapu permukaan roti dengan marjerin.
5. Tekap roti bersama daging yang telah masak.
6. Masukkan timun dan kubis (dihiris halus).
7. Tambahkan sos cili dan sos thousand island.