Resepi Sambal Kerang

Resepi Sambal Kerang
April 3, 2022 | 10:09 GMT
Bahan-Bahan Masakan

Bahan sambal kerang
300 gram isi kerang
2 cm halia
5 ulas bawang merah
5 labu bawang putih
1 ulas bawang holland

Bahan kuah sambal kerang
1 batang serai
Sedikit cili kisar
Sedikit sos tiram
Sedikit sos cili
Sedikit sos Tomato
Sedikit belacan
Sedikit santan
Sedikit asam jawa
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa

Cara-Cara Masakan

Cara memasak sambal kerang
1. Kisar semua bahan sambal kerang (rujuk bahan sambal kerang).
2. Tumiskan cili kisar bersama belacan dan serai diketuk.
3. Masukkan asam jawa, santan, sos tomato, sos cili, sos tiram dan gaulkan sehingga sebati.
4. Masukkan garam dan gula secukup rasa.
5. Masukkan isi kerang bersama bawang dan masak sehingga naik aroma.


Resepi Sambal Kerang