April 03, 2022 | 12:38 GMT
Bahan-Bahan
Bahan telur sarang
4-5 biji telur kuning
3 sudu besar mentega
2 labu bawang putih
2 tangkai daun kari
2 tangkai cili padi
Gula - secukup rasa
Garam - Secukup rasa
Serbuk pati ayam - secukup rasa
Sedikit minyak masak
Bahan udang goreng
Udang besar
Sedikit minyak masak
Garam - secukup rasa
2 sudu besar tepung jagung
Cara-Cara
Cara penyediaan udang goreng
1. Gaul sekata udang bersama tepung jagung.
2. Masukkan sedikit garam - secukup rasa.
3. Goreng udang sehingga masak kekuningan.
Cara penyediaan telur sarang
1. Pukul ringan telur kunig.
2. Masukkan minyak dan mentega dengan api perlahan.
3. Gaul mentega sehingga cair.
4. Masukkan perlahan telur kuning sambil gaul rata hingga warna keemasan.
5. Masukkan udang goreng dan gaul sebati sehingga masak.
6. Toskan minyak sebelum dihidangkan.