Lazada merupakan sebuah pusat membeli belah dalam talian yang membekalkan pelbagai produk termasuklah peralatan rumah, barangan-barangan elektronik, barangan-barangan fesyen, makanan kesihatan tambahan, produk-produk kecantikan, permainan kanak-kanak, peralatan sukan, dan pelbagai lagi. Sebuah syarikat yang beroperasi sepenuhnya secara dalam talian, untuk menggunakan perkhidmatan mereka, para pengguna perlu mengakses laman sesawang mereka melalui komputer, telefon bimbit, atau aplikasi alat mudah alih. Pada November 2015, Lazada Malaysia mengumumkan bahawa kini mereka mempunyai servis penghantaran barang mereka sendiri dikenali Lazada Express (LEX).