Cara Daftar GrabFood Rider

Cara Daftar GrabFood Rider (Daftar Online)
August 28, 2020
thumb_up
Grab merupakan sebuah syarikat teknologi yang berpangkalan di Singapura yang menawarkan perkhidmatan pengangkutan dan logistik melalui aplikasi di Singapura dan negara-negara Asia Tenggara Malaysia, Indonesia, Filipina, Vietnam, Thailand, Myanmar, dan Kemboja.

Grab menjangkau terus ke pemandu teksi dengan menandatangani mereka di lapangan terbang, pusat penjaja, beratur teksi, dan depot. Syarikat itu juga mendidik pemandu teksi menggunakan telefon pintar dan aplikasi mudah alih mereka. Sebagai tambahan kepada bandar-bandar besar, Grab juga telah berjaya menembusi pasaran bandar kecil. Grab mempunyai bukan sahaja servis pengangkutan untuk penumpang, tapi mempunyai servis lain seperti GrabExpress yang menghantar dokumen, bungkusan dan hadiah dan Grabfood sebagai servis penghantaran makanan.

Kelebihan menjadi GrabFood Rider
• Masa kerja flexible, anda tentukan sendiri masa kerja anda.
• Gaji anda berdasarkan dikira berdasarkan jumlah pesanan.
• Dikenali seluruh rakyat Malaysia, peluang untuk rider dapat banyak pesanan.

Gaji GrabFood Rider
Setiap pesanan boleh menjana pendapatan dari RM7 hingga RM15 (bergantung kepada masa semasa pesanan dibuat dan jarak antara kedai dengan pelanggan). Anda juga akan terima insentif dari pihak Grab. Semakin banyak pesanan semakin bertambah pendapatan anda.

Kelayakan sebagai GrabFood Rider • Mempunyai telefon bimbit (Android/IOS). • Berumur 18 tahun dan ke atas. • Warga negara Malaysia. • Mempunya motorsikal sendiri. Cara Daftar GrabFood Rider
• Layari laman web GrabFood di www.grab.com/my/
• Pilih Be Our Partner
• Pilih Grab Delivery Partner
• Isi Nama penuh anda
• Isi Nombor Telefon anda
• Pilih Bandar
• Klik Submit
Anda akan terima panggilan dari pihak Grab untuk menjalani sesi latihan dan mengambil delivery-partner kit di Grab Driver Center, Jaya One.Kemudian anda perlu log masuk ke aplikasi Grab Driver dan mulakan penghantaran pertama.

Lokasi paling banyak tempahan
• Lembah Klang
• Kuala Lumpur
• Shah Alam





©2020 WMZMOBILE. All Rights Reserved.