Cara Daftar Foodpanda Rider

Cara Daftar Food Panda Rider (Daftar Online)
August 28, 2020
thumb_up
Foodpanda merupakan sebuah syarikat penghantaran makanan mudah alih yang berpusat di Berlin, Jerman. Perkhidmatan ini membenarkan pengguna untuk memesan dan menempah makanan dari restoran dan kedai makan tempatan melalui aplikasi telefon juga dari laman sesawang.

Foodpanda memproses dan menghantar pesanan terus ke restoran kongsi, yang kemudiannya menghantarkan pesanan tersebut kepada pelanggan. Pelanggan hanya perlu membuat tempahan di laman web rasmi atau aplikasi Foodpanda. Foodpanda telah memudahkan dan menjimatkan masa pelanggan.

Kelebihan menjadi Foodpanda Rider
• Masa kerja flexible, anda boleh pilih syif mengikut kehendak anda.
• Banyak program khas dianjurkan kepada rider Foodpanda.
• Berpeluang dapatkan pengalaman penghantaran makanan.
• Dikenali ramai rakyat Malaysia, peluang untuk rider dapat banyak pesanan.

Gaji Foodpanda Rider
Gaji Foodpanda Rider akan dibayar setiap minggu, kebiasaanya pada hari Selasa. Gaji permulaan rider untuk permulaan adalah RM4.50 hingga RM6 per jam. Gaji akan meningkat kepada RM6 hingga RM7 untuk tempoh 3 bulan dan RM7.50 hingga RM8.50 untuk tempoh 6 bulan. "Tier" anda akan semakin meningkat.

Cara Daftar Foodpanda Rider
• Layari laman web Foodpanda di rider.foodpanda.my
• Pilih Bandar (berdekatan tempat tinggal anda)
• Pilih Kenderaan (Motorsikak/Pejalan kaki)
• Klik Mohon Sekarang
• Isi Nama anda
• Isi Nama Bapa anda
• Isi Nombor Telefon anda
• Isi Email anda
• Klik Hantar
Anda akan terima SMS dari pihak Foodpanda dan diminta untuk hadir ke Pejabat Foodpanda untuk diberikan taklimat khas untuk mengendali pesanan dan penghantaran sebagai Foodpanda Rider. Kemudian anda perlu mendaftar untuk dapatkan ID dan kata laluan aplikasi Foodpanda. Seterusnya anda akan terima peralatan seperti beg Foodpanda dan baju Foodpanda.

Lokasi paling banyak tempahan
• Lembah Klang
• Kuala Lumpur
• Shah Alam
• Johor Bharu
• Penang
• Melaka





©2020 WMZMOBILE. All Rights Reserved.