Shopee merupakan platform e-dagang yang terkenal di asia dan mempunyai rangkaian terluas diserata asia. Shopee telah banyak membantu peniaga kecil untuk meluaskan legasi perniagaannya. Tidak mustahil untuk anda jana pendapatan sehingga 4 angka sebulan dengan mudah dan berkesan.
Peluang Peniaga Meluaskan Empayar Perniagaan
Shopee sentiasa memperkenalkan pelbagai kaedah promosi kepada peniaganya bagi memaksimumkan jualan. Shopee juga mempunyai jualan besar-besaran seperti Shopee 9.9 dimana peniaga boleh mendapat keuntungan lebih besar pada masa tersebut. Peniaga terpilih akan notifikasi utuk mendominasikan produk sepanjang tempoh promosi tersebut. Namun, harus ingat terdapat persaingan yang besar kerana terdapat juga syarikat gergasi yang berdaftar di Shopee Mall seperti Nestle, Oppo dan sebagainya.
Kelebihan Jana Pendapat dengan Shopee
Caj transaksi murah
Shopee hanya kenakan caj transaksi sebanya 3% kepada peniaga biasa dan 4% kepada program Free Shipping. Peniaga hanya dikenakan caj 3% setiap transaksi hasil jualan mereka. Ini merupakan kadar transaksi terendah berbanding platform e-dagang lain. Peniaga boleh mendapatkan keuntungan lebih besar dengan kadar serendah transaksi ini.
Program Free Shipping
Shopee memperkenalkan program Free Shipping kepada peniaga yang berminat untuk sertainya. Peniaga akan mendapat tag Free Shipping di produknya setelah berjaya didaftarkan. Dengan program ini, ia dapat menjimatkan kos pembelian kepada pelanggan dan meningkatkan hasil jualan kepada para peniaga di Shopee.
Preferred Seller
Preferred Seller hanya untuk peniaga yang terpilih sahaja dimana Shopee akan memberi notifikasi untuk daftar dan mengakses tag Preferred Seller. Untuk menjadi preffered seller peniaga perlu mencapai tahap jualan dan tahap rating yang dikenakan oleh pihak Shopee. Kelebihan tag Preferred Seller di kedai online Shopee, pelanggan akan lebih yakin dan akan dapat menikmati mata ganjaran dari pihak Shopee serti ini akan melonjakkan hasil jualan anda sehingga ke tahap maksimum.
Iklan berbayar Shopee
Iklan berbayar Shopee ini berfungsi untuk memaksimumkan tahap pencarian produk anda di carian Shopee. Produk anda akan berada di Top 5 dan setiap kali pelanggan klik produk anda akan kenakan caj iklan tersebut. Peniaga boleh hadkan bajet harian untuk setiap produk yang dipilih.
Rangkaian Shopee luas
Shopee banyak mempromosikan iklannya dimerata tempat gergasi seperti Google, siaran radio dan televisyen. Peniaga juga tidak perlu keluarkan kos untuk taja iklan tersebut. Semua iklan di uruskan oleh pihak Shopee. Ini akan menjimatkan kos kepada para peniaga untuk mempromosikan produk mereka di samping iklan tersebut.
Trafik Tinggi
Shopee mempunyai ramai pengunjung dan sentiasa muncul dicarian Google paling atas dan lain-lain platform. Peniaga hanya memuat turun produk dan pelanggan akan sendiri mencari nama produk di Shopee. Peluang untuk peniaga mencari keuntungan tanpa perlu keluarkan modal untuk iklan produk tersebut.