Kelebihan Jana Pendapatan Dengan Lazada


Peluang Jana Pendapatan Dengan Lazada
Lazada merupakan platform e-dagang yang terbesar dan terkenal diserata asia. Lazada mempunyai website dan aplikasi dari Android dan IOS bagi memudahkan pengguna membuat pesanan terus. Lazada telah di perkenalkan sejak 2012 dan meluaskan empayar bisnesnya sehingga kini. Lazada juga mempunya Mall tersendiri. Lazada telah dikenali oleh ramai pengguna di Malaysia dan ini lah peluang keemasan bagi peniaga untuk melonjakkan lagi hasil jualan.

Peluang Peniaga Menjana Pendapatan Lumayan
Selain berniaga di Shopee, peniaga juga boleh membuat akaun penjual di Lazada. Keuntungan hasil jualan di Lazada adalah sangat memberansangkan kerana kurang persaingan harga antara penjual lain. Lazada sudah dikenali ramai dengan barangan berkualiti tinggi dan tidak mustahil untuk peniaga mampu meraih pendapatan sehingga 4 angka seminggu dan mampu mencencah 5 angka sebulan di Lazada. Lazada merupakan lubuk emas kepada peniaga yang berdaftar dengannya.

Kelebihan Jana Pendapatan Dengan Lazada
Kos Transaksi Rendah
Lazada sentiasa menggalakkan ramai individu untuk daftar sebagai penjual dan kadar caj setiap transaksi hanya 2% bagi setiap pembelian yang berjaya. Peluang ini sangat menarik individu mahupun syarikat untuk berdaftar sebagai penjual Lazada.

Trafik Pengunjung Ramai
Lazada antara platform e-dagang yang paling ramai pengunjung harian dan website didukung tinggi oleh Google. Ini adalah peluang keemasan kepada para peniaga untuk meraih keuntungan lebih besar berbanding platform e-dagang lain.

Jualan Tanpa Had Masa
Berbeza dengan platform lain, peniaga mampu mendapatkan pesanan dari pembeli tanpa henti di Lazada sehingga 24 jam setiap hari. Lazada sentiasa menggalakkan peniaga supaya stok sentiasa mencukupi.

Promosi Terbesar
Seperti Shopee, Lazada juga mempunyai tempoh promosi terbesar seperti 9.9, 10.10, 11.11 dan 12.12 dimana Lazada akan mempromosikan barangan seperti elektronik, makanan dan sebagainya dengan harga terendah. Dalam tempoh kempen promosi terbesar ini, peniaga mampu meraih pendatan harian sehingga 4 angka.

Kelebihan Jana Pendapatan Dengan Lazada