April 04, 2022 | 13:51 GMT
Bahan-Bahan Masakan
Bahan perapan ayam
1 ekor ayam - potong 2 atau 4
5 ulas bawang merah
5 labu bawang putih
1 sudu kecil garam
2 batang serai
2 cm halia
Bahan kuah percik
1 batang serai
2 cm halia
5 ulas bawang merah
4 cawan minyak masak
Cili kering
Gula - secukup rasa
Garam - secukup rasa
Asam jawa
Cara-Cara Masakan
Cara penyediaan perapan ayam
1. Kisar semua bahan perapan ayam (rujuk bahan perapan ayam).
2. Perap ayam bersama bahan perapan yang dikisar selama 2 jam.
Cara penyediaan kuah percik
1. Kisar bawang merah, cili kering, halia dan juga serai.
2. Masukkan santan bersama bahan yang dikisar.
3. Gaul rata kuah dengan api sederhana sehingga masak kepekatan.
Cara penyediaan ayam percik
1. Masukkan ayam dan celupkan kedalam kuah percik.
2. Panggang ayam sehingga masak
3. Celupkan ayam yang dipanggang untuk hidangan.