Peluang Jana Pendapatan Dengan Instagram
Instagram merupakan sebuah media sosial terkenal di serata dunia selain dari Facebook. Instagram sebelum ini hanya lebih kepada media sosial umum, namun kini Instagram mempunyai platform untuk peniaga mempromosikan produk mereka dengan Instagram Bisnes. Peniaga perlu membayar sedikit kos untuk membuka akaun Instagram Bisnes, tapi harus ingat Instagram mempunyai ramai pengguna.
Kelebihan Jana Pendapatan Dengan Instagram
#1 Link Instagram & Facebook
Peniaga boleh gabungkan akaun Instagram dengan Facebook. Dengan kaedah ini peniaga dapat mempromosikan produk mereka antara dua platform tersebut.
#2 Trafik Pengunjung Ramai
Seperti kita tahu Instagram juga mempunyai banyak followers yang berdaftar dengannya termasuk artis, maka tidak mustahil untuk para peniaga mendapatkan hasil jualan yang berkesan.
#3 Followers
Jika Intagram anda mempunyai banyak followers, ini akan memudahkan produk anda mendapat sambutan yang tinggi serta menjadi viral. Sentiasa follow post orang lain supaya anda akan terima lebih banyak kunjungan ke Instagram anda.
#4 Lebih Mudah
Peniaga hanya perlu upload produk dan semua struktur template yang unik dan sesuai telah disediakan oleh pihak Instagram. Instagram mempunyai templete mobile friendly dan mempunyai rank tertinggi.
#5 Tutorial
Instagram mempunyai kelebihan tersendiri dimana anda boleh selitkan sedikit tutorial berkenaan cara menggunakan produk anda. Dengan adanya tutorial pengguna lebih lebih yakin untuk membeli barang tersebut. Kesimpulan
Instagram juga mampu meraih pendapatan lebih tinggi berbanding media sosial lain serta mempunyai keyakinan kepada para pembeli untuk terus membeli produk anda. Semoga panduan ini sedikit sebanyak dapat memberi mamfaat kepada anda untuk memulakan bisnes di Instagram Bisnes. Sebagai peniaga berjaya kita mesti memperbanyakkan platform untuk mempromosikan produk anda dalam negeri mahupun luar negara.