Peluang Jana Pendapatan Dengan Facebook
Facebook merupakan sebuah media sosial terbesar dan terkenal di serata dunia. Seluruh dunia pengguna mempunyai akaun Facebook. Facebook bukan hanya untuk media sosial semata tapi juga mempunyai Facebook Bisnes tersendiri. Facebook mampu membuatkan produk anda muncul dipelusuk dunia dan Facebook juga mempunyai privacy yang tinggi untuk pengguna mereka.
Kelebihan Jana Pendapatan Dengan Facebook
#1 Bimbingan Dari Facebook
Facebook sentiasa memberikan panduan serta kaedah tentang bagaimana untuk anda menjalankan bisnes di platform mereka. Peniaga akan mendapat tips yang betul dalam mempromosikan produk mereka.
#2 Trafik Tinggi
Facebook merupakan media sosial yang paling popular dan ribuan pengguna aktif setiap hari. Peniaga tidak perlu risau untuk mempromosikan produk mereka kerana sentiasa mendapat sambutan.
#3 Facebook Fanpage
Facebook Fanpage mempunyai kelebihan untuk anda memperkenalkan tentang syarikat dan produk anda ke serata dunia. Profile template Facebook Fanpage amat menarik dan sesuai untuk tujuan bisnes anda.
#4 Facebook Ads
Facebook juga mempunyai iklan berbayar dimana produk atau bisnes anda akan muncul paling atas dicarian Facebook dalam tempoh pengiklanan tersebut. Kelebihan iklan ini sangat murah dan anda boleh tentukan sendiri bajet harian anda.
#5 Facebook Marketplace
Facebook Marketplace dapat memudahkan peniaga untuk mempromosikan produk mereka dimana. Anda hanya perlu masukkan sedikit detail produk dan masukkan harga. Facebook Marketplace mempunyai template sangat mobile friendly.
#6 Facebook Group
Anda boleh cipta group anda sendiri dengan nama yang menarik disamping mempromosikan produk anda. Sentiasa terbuka untuk mengajak pengguna lain mengikuti ground anda dan mengiklankan produk mereka.
#7 Perkongsian Tutorial
Anda boleh memuat turun video tutorial tanpa limit mengenai kaedah menggunakan produk anda. Disamping itu, anda boleh masukkan seberapa banyak post kelebihan produk serta maksimukan promosi produk anda.
Kesimpulan
Facebook juga mampu meraih pendapatan lebih tinggi berbanding media sosial lain serta mempunyai keyakinan kepada para pembeli untuk terus membeli produk anda. Namun tidak semua pengguna akan membeli produk anda di Facebook, tapi ilmu dan strategi pemasaran adalah penting. Semoga ilmu ini sedikit sebanyak dapat memberi mamfaat kepada anda untuk memulakan bisnes di Facebook.